MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syarat Kelayakan dan Cara Mohon Sukuk PRIHATIN

 




Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam usaha kerajaan membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.


3 teras utama di bawah PENJANA:

Memperkasakan Rakyat

Melonjakkan Perniagaan

Merangsang Ekonomi

Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan terbitan Sukuk PRIHATIN di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 18 Ogos 2020.

Sukuk ini merupakan instrumen patuh syariah berlandaskan prinsip Tawarruq melalui pengaturan  Komoditi Murabahah.


Syarat-syarat kelayakan melanggan dan cara mohon serta ciri-ciri Sukuk PRIHATIN:


Warganegara Malaysia.

Berumur 18 Tahun ke atas.

Dilanggan menerusi JomPAY atau DuitNow yang boleh diakses melalui platform perbankan digital.

Maybank adalah pengedar utama Sukuk PRIHATIN.

Pelaburan minima/minimum RM500 dan tiada had maksimum.

Tempoh Tawaran 18 Ogos 2020 - 17 September 2020.

Jumlah keseluruhan terbitan RM500 juta.

Tempoh matang selama 2 tahun.

Tawaran pulangan sebanyak 2% setahun.

Keuntungan akan dibayar setiap sukuk tahun dan dikecualikan cukai.


Pemegang sukuk diberikan pilihan untuk menyumbang pembayaran balik modal (prinsipal) apabila pelaburan matang selepas dua (2) tahun. Sumbangan ini akan diberi potongan cukai yang sewajarnya.

Risalah Panduan dan Maklumat

Panduan dan langkah memohon Sukuk PRIHATIN menggunakan aplikasi JomPAY & DuitNow

 

Untuk maklumat lanjut sila layari https://penjana.treasury.gov.my/


Sumber: MOF


Post a Comment

0 Comments