MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal


Filem animasi terbitan Les’ Copaque Production, Upin & Ipin mengharumkan nama negara Malaysia apabila terpilih dicalonkan bagi kategori Filem Cereka Terbaik pada kemuncak Asian Academy Creative Awards 2019 (AAA) yang akan berlangsung di Singapura pada 5 Disember 2019 melalui filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga turut tersenarai antara 32 calon bagi kategori Filem Animasi Terbaik pada Anugerah Academy Ke-92

Bagi kategori tersebut sebanyak 15 filem dari pelbagai Rantau Asia termasuk Australia dan New Zealand dipertandingkan  bagi merebut trofi emas.

Untuk rekod Upin & Ipin mencipta kejayaan pada Festival Filem Animasi Antarabangsa (Animaze) di Montreal, Kanada apabila memenangi Filem Cetera Terbaik.

Filem ini juga tersenarai sebagai finalis Filem Cereka Animasi Terbaik, Festival dan Ekspo Animasi Antarabangsa Palm Springs 2019 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat pada 14 dan 15 Disember 2019.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terpilih untuk ditayangkan di ASEAN Cinema Week di Korea Selatan, Oktober 2019. Keyakinan kami bertambah untuk mencuba pada Anugerah Oscar pula dan Alhamdulillah, ia tersenarai antara 32 calon kategori Filem Animasi terbaik.

Terdahulu, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang ditayangkan pada Mac 2019 lalu meraih kutipan pecah panggung dengan lebih RM26 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, pencapaian itu membakar semangat mereka untuk terus mengharumkan nama negara dan kami berdoa rezeki menyebelahi Les' Copaque kerana filem ini dihasilkan dengan penuh teliti. Kami juga mengutamakan kualiti, terutama dari segi jalan cerita,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments