MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

New York Federal Reserve Tempat Penyimpanan Emas Yang Terbesar Di Dunia




Sana-sini cerita emas, tapi tahukah anda di mana tempat penyimpanan emas terbesar di dunia?

Sebuah tempat yang dikenali sebagai  New York Federal Reserve merupakan tempat penyimpanan emas paling besar di dunia? 


Tempat ni digunakan untuk simpan emas dari pelbagai negara, bilik kebal tersebut berada kira kira 24 meter di bawah tanah. 

Bilik kebal ini menyimpan kira kira 497,000 jokong emas, pelbagai negara telah memindahkan emas mereka ke sini selepas Perang Dunia Kedua.. 



..pemegang akaun yg meletakkan emas mereka disini akan dapat satu ruangan rahsia. 

Terdapat hampir 122 tempat meletakkan emas, etiap pemegang akaun akan mendapat 1 tempat. Kesemua emas tersebut dianggarkan bernilai USD260 billion bersamaan RM1,134,510,000,000 (RM1.1 Trillion) 




IMF, Deutsche Bundesbank dan Banca d’ Italia merupakan antara pemegang akaun yang menyimpan emas mereka paling banyak disini, tempat ini pernah mempunyai 960,000 jokong emas pada tahun 1963. 

Pekerja di tempat ini perlu memakai kasut keselamatan yang mempunyai besi.. 




..kerana jokong emas tersebut seberat 13 kilogram dan boleh menyebabkan kaki petugas disini cedera teruk atau patah.

Bilik kebal ini dilindungi oleh beberapa lapisan keselamatan yang paling ketat dan dikawal 24 jam. . 



..Selain itu juga bilik kebal ini mampu memberikan oksigen selama 72 jam sekiranya ada orang terperangkap di dalam bilik tersebut.

Disalin dari FB John Mohamed, boleh follow, banyak artikel-artikel menarik yang dikongsikan di sana secara harian. 


Kridet: @mkhairulazri

Post a Comment

0 Comments