Wanita solehah. Siapakah mereka?Ada tak ciri-ciri tersebut dalam diri kita ?
1- Wanita solehah dirinya susah
nak dikenali malah ada yang tak
dikenali.
2- Wanita solehah susah dicari
kerana dia tidak menonjolkan diri.
3- Wanita solehah auratnya dan
kehormatan dirinya terpelihara
kerana dia tahu diri dia hanyalah
untuk suaminya.
4- Wanita solehah jalannya diam,
tak berbunyi. Datang dan pergi
seperti angin yang bertiup.
5- Wanita solehah akhlaknya mulia,
kerana dia sentiasa mendahulukan
agamanya.
6- Wanita solehah ibarat permata
di celah-celah kaca. Hanya orang-
orang tertentu yang dapat
memetiknya.
7- Malunya berbalut takwa,
sejuknya menenteramkan jiwa,
terbingkai pada dirinya seorang
solehah
8- Sebelum dirinya berjumpa yang
selayaknya, cintanya hanyalah untuk
Yang Maha Esa. Itulah wanita solehah.
9- Wanita solehah sentiasa
menjaga setiap tutur kata, setiap
perbuatannya kerana dia tahu,
wanita itu fitnah dunia.
10- Wanita solehah penemannya
Allah, tempat luahannya Allah,
buah hatinya Allah, segala-galanya ada
Allah dalam dirinya.
11- Wanita solehah tak semestinya
yang berniqab / berpurdah. Kerana
keimanan seseorang bukan dinilai
dari pemakaiannya.
12- Wanita solehah dirinya tidak
menjadi rebutan para lelaki biasa.
Kerana dirinya hanya untuk lelaki yang
luar biasa.
13- Dirinya seperti pokok semalu. Bila
dengan ajnabi dirinya akan menguncup
malu. Durinya sebagai pertahanan.
Itulah wanita solehah.
14- Jalannya tunduk, jalannya tak
mendahului lelaki ajnabi, kakinya tak
dihentak dengan kuat bila berjalan.
Itulah cara wanita solehah berjalan.
15- Wanita solehah tak banyak
mengeluh, tak banyak bicara.
16- Wanita kamu digelar penyeri
dunia. Jadilah kamu penyeri pada
suamimu, bukannya penyeri kepada
lelaki selain suamimu.
17- Wanita solehah tak akan
mengaku dirinya solehah.
18- Ingatlah wanita kelembutan
fizikalmu bukan tandanya itu
kelemahanmu. Bukan juga
penghinaan dari Tuhan, tapi ia
sebagai hiasan kecantikanmu.
19- Wanita hiasan dunia. Dan
seindah hiasan itu adalah WANITA
SOLEHAH.
20- Isteri yang solehah? Isteri
solehah ibarat tongkat bagi si buta.
Yang melengkapkan hidup
suaminya.
Kridet: @islamitu_indah
0 Comments