MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Ibadah Korban Semasa PKPP Covid-19



Berikut dikongsikan Panduan Ibadah Korban Semasa PKPP Covid-19 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

1. Lokasi

Kawasan yang mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN).


2. Waktu

Selepas Solat Sunat Aidiladha hingga 13 Zulhijjah 1441H.

3. Kapasiti
  • Tidak lebih 30 petugas sekumpulan
  • Bilangan korban sesuai dengan keluasan kawasan dan keupayaan bilangan petugas yang dilantik
4. Aktiviti
  • Semua yang berkaitan ibadah korban kecuali kehadiran Person Under Investigation (PUI) dan
  • Person Under Surveillance (PUS) Jamuan berhidang / layanan pramusaji KECUALI buffet layan diri
5. Protokol
  • Agihan oleh petugas kepada peserta yang ambil bahagian dan fakir miskin yang ditetapkan
  • Patuhi A. Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban, Bilangan 2, Tahun 2013, terbitan JAKIM. B. Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009. C. Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban (Jabatan Perkhidmatan Veterinar).
6. Kawalan
  • Periksa suhu, sanitasi dan rekod kehadiran
  • Pakai pelitup muka dan sarung tangan
  • Menjaga jarak sosial
  • Elak 3 S (Sesak, Sempit, Sembang Dekat)
  • Tidak bergejala @ penyakit kronik
  • Kanak-kanak bawah 12 Tahun tidak dibenar hadir
  • Patuh arahan & Prosedur Operasi Standard (SoP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sumber: JAKIM 

Terkini 28 Julai 2020











Infografik: mindefmalaysia 










Gambar Infografik di atas Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) ibadah korban yang dicadangkan untuk dijadikan rujukan utama oleh pihak berkuasa agama negeri.


Sumber: Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)

Post a Comment

0 Comments