MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak




Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak.

Disebabkan pendemik Covid-19 yang melanda dunia,  rumah ibadat termasuk masjid telah ditutup buat sementara daripada dikunjungi oleh orang ramai untuk beribadah.

Namun begitu, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, banyak kelonggaran telah diberikan hampir diseluruh dunia susulan daripada penurunan kes jangkitan yang berlaku.

Solat dalam hujan.

Di Ankara Turki, Solat Jumaat telah mulai dibenarkan dan ibadah tersebut dilakukan di kawasan dataran dengan masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.

Gambar-gambar semasa solat Jumaat tempoh hari telah tular apabila jemaah langsung tidak berganjak walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.

Terus khuyuk beribadah.

Masing-masing dilihat khusyuk menikmati ibadah tersebut yang sudah lama tidak dilakukan berikutan perintah kawalan yang dikuatkuasa oleh kerajaan Turki berhubung pendemik Covid-19.

Gambar-gambar yang tular itu turut dimuat naik CNN Turk dan dikongsikan berulang kali di laman sosial sehingga ke hari ini.

Oleh itu, dapat kita pelajari bahawa nikmat yang dikurniakan ketika ini sangat besar terutamanya selepas berlakunya pendemik Covid-19 yang pastinya hampir melumpuhkan ekonomi seluruh dunia.


Kredit Twitter : CNN Turk & Jentik Hati

Post a Comment

0 Comments