MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hukum Aplikasi Gambar Tukar Jantina



Tukar wajah dari lelaki ke perempuan atau perempuan ke lelaki adalah haram kalau korang post bagi orang tengok.



APLIKASI GAMBAR TUKAR JANTINA

Ada yang bertanya berkenaan aplikasi tukar jantina. Jawabnya JAUHILAH IA walau untuk suka-suka, kerana ia boleh membuka jalan yang lebih buruk antatanya:

1. Bimbang timbul rasa keinginan menjadi jantina berbeza yang diharamkan dengan sangat jelas. Khususnya apabila dipuji oleh yang melihatnya.

2. Membuka ruang salahguna gambar terbabit untuk aktiviti penyamaran identiti dan penipuan.

3. Membuka ruang cyber bully menguntuk yang boleh mendatangkan kemurungan yang tidak perlu.

4. Dibimbangi datang rasa keta'ajuban dengar gambar palsu terbabit dan terdetik dalam hati akan kecantikan diri, yang mana ia boleh mendatangkan penyakit lain serta merasa cantik diri dengan penampilan yang salah.


Atas pertimbangan yang disebut di atas serta lain-lain kaedah sadd az-zarai atau menutup peluang kemudaratan terhasil darinya, maka tegahan adalah sangat wajar dalam konteks ini.


Selain itu, perbuatan tersebut juga tidak membawa sebarang faedah bagi menjustifikasikan atau mempertahankannya.

 
Dr Zaharuddin Abd Rahman


Kredit: @tvalhijrah114 @jentikhati

Post a Comment

0 Comments