MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Adab Ketika Menguap




Daripada Abu Said al-Khudri R.A Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 

"Apabila seseorang diantara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak ditutup ketika menguap."

(Hadith Riwayat Muslim)

Pengajaran Hadith:

Dituntut oleh Islam meletakkan tangan dan lain-lain ke atas mulut ketika menguap. Tujuan berbuat demikian adalah untuk menghalang syaitan masuk ke mulut sehingga orang tersebut dikuasai oleh syaitan.

Makruh bagi orang yang menguap mengeluarkan suaranya ketika menguap, sesungguhnya syaitan itu sangat suka kepada orang yang lalai dalam apa keadaan sekali pun.


Sumber: www.kuiscell.com


Post a Comment

0 Comments