MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Fungsi Aplikasi sabahtrace




Aplikasi 'sabahtrace' aplikasi yang dibangunkan berfungsi bagi memudahkan para pekerja dan pengujung premis  bagi memasuki semua sektor industri dan aktiviti perniagaan di Sabah sekiranya mempunyai keperluan dan tujuan tertentu.

Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan pengusaha dalam semua sektor  industri atau aktiviti perniagaan di Sabah hanya perlu mendaftar di sabahtrace.com dan mendapatkan QR ID entry dan seterusnya mencetak QR CODE Sheet untuk dipamerkan di ruang pintu masuk  utama premis masing-masing.

Para pekerja dan pengunjung hanya perlu perlu menggunakan aplikasi QR CODE Reader bagi membolehkan imbasan ke atas QR CODE Premis. Untuk mendapatkan QR CODE Reader para pekerja dan pengunjung perlu terlebih dahulu mendaftar di sabahtrace.com

Aplikasi ini dibangunkan juga untuk menyimpan maklumat suhu dan no. telefon para pekerja dan pengunjung sewaktu berurusan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Sabah 





Post a Comment

0 Comments