MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

TNB Teruskan Perkhidmatan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan 18 - 31 Mac 2020



Semasa #PerintahKawalanPergerakan ini, TNB akan meneruskan perkhidmatan demi keselesaan anda. Rujuk di bawah untuk akses kepada perkhidmatan kami.

Untuk melaporkan gangguan bekalan elektrik, sila hubungi 15454. Talian ini beroperasi 24 jam.

Layari www.mytnb.com.my atau aplikasi myTNB untuk membuat semakan & pembayaran bil. Muat turun di Google Play Store atau Apple App Store.



Pembayaran bil boleh dilakukan melalui Express Payment di portal myTNB, aplikasi myTNB, JomPay atau Perbankan Internet. 

Bagi pertanyaan akaun, sila hubungi 1-300-88-5454 atau emel ke tnbcareline@tnb.com.my yang beroperasi dari Isnin - Jumaat termasuk cuti umum (7am - 11pm) & Sabtu dan Ahad (8am - 5pm). 

125 cawangan Kedai Tenaga di seluruh negara juga akan terus beroperasi sepanjang tempoh ini.

Untuk makluman, aktiviti pemotongan bekalan untuk akaun-akaun pengguna yang tertunggak akan diberhentikan buat sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sumber : TNB Twitter 

Post a Comment

0 Comments