MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tayangan Animasi Abominable Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

 

Dreamworks terkenal sebagai pengeluar filem animasi, antara tajuk animasi mereka yang popular ialah Shrek, Kungfu Panda, Madagascar dan How to Train Your Dragon. Tahun ini, mereka telah menghasilkan satu lagi animasi baru bertajuk Abominable, tetapi ia tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah meminta DreamWorks untuk memotong adegan yang memperlihatkan peta negara China yang menjadi pertikaian. Peta tersebut dikenali sebagai ‘Nine Dash Line‘, menggariskan lautan di dalam garisan tersebut terletak di bawah jajahan negara China.


DreamWorks bagaimanapun telah membalas permintaan kerajaan Malaysia dengan jawapan, tidak akan membuang adegan tersebut. Kerana itu, Kerajaan Malaysia akan meneruskan sekatan tayangan filem tersebut di Malaysia.

Filem animasi Abominable dihasilkan oleh DreamWorks Animation bersama Pearl Studio. Pearl Studio pula ialah syarikat penghasil filem yang dimiliki sepenuhnya oleh CMC Capital Partners, sebuah syarikat pelaburan di China.

Sekatan ini tidak melibatkan Malaysia sahaja kerana pertikaian peta ‘Nine Dash Line’ ini turut dibantah oleh negara sekitar antaranya Vietnam, Filipina dan Brunei. Vietnam telah menyekat tayangan animasi Abominable manakala Filipina telah meminta adegan yang sama dipotong atau filem tersebut akan diboikot.

Pertikaian peta ‘Nine Dash Line’ terjadi apabila China mula mengatakan bahawa kawasan Laut China Selatan adalah sebahagian dari China. Perkara ini bagaimanapun dicabar oleh negara-negara berhampiran antaranya Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Adakah kemasukan adegan peta ‘Nine Dash Line’ ni merupakan satu lagi propaganda dari China yang mahu menyatakan secara tersembunyi, ia adalah peta yang sah? Jangan kerana mahukan hiburan, kita menggadaikan maruah negara.

Sumber: The Star, Wiki

Post a Comment

0 Comments