MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Statistik COVID-19



Statistik terkini COVID-19 seluruh dunia (kemaskini 8 pagi, 27 Februari 2020)

Tujuh (7) negara baru disenariakan dalam negara terlibat dengan jangkitan COVID-19 ia iaitu:

  1.  Pakistan 
  2. Macedonia Utara 
  3. Georgia 
  4. Romania 
  5. Brazil 
  6. Greece 
  7. Norway

Brazil adalah negara pertama dari Benua Amerika Selatan yang menerima kes psoitif jangkitan Coronavirus Diseases-19  (COVID-19). Statistik juga menyaksikan tiada peningkatan kes yang ketara bagi negara China dan perkara ini disokong oleh kenyataan dari World Health Organization (WHO) yang mengatakan COVID-19 di China telah mula menurun secara perlahan-lahan.

Statistik KKM adalah mengikut statistik dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data an statistic kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia





COVID2019 Statistik terkini oleh WHO yang dikemas kini jam 8pm 29 Feb.

Kematian di Korea Selatan meningkat kpd 16 , Jepun 5 manakala kematian kalangan penumpang Diamond Princess 6. 

Iran catat kematian tertinggi di luar China dgn 34 kes dan Itali 21. 


Malaysia kekal 25 kes. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Rep. Czech, Armenia & Rep. Dominika ialah 3 negara baru terlibat dengan COVID19 pada 2 Mac 2020.

Punca jangkitan di Rep. Czech adalah dari Itali.

Sepanyol tunjuk peningkatan mendadak kes positif, meningkat kpd 76 berbanding 45 smlm.


Perancis naik 30 kes positif, menjadi 130 hari ini (2 Mac 2020).

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVID19 Statistik WHO sehingga jam 6pm, 4 Mac 2020.

Kematian meningkat di Itali kpd 79 kes, Iran (77) dan Korea Selatan (33). 

Kes di Itali dan Iran melebihi 2,000. 


Amerika Syarikat bertambah 9 kematian, Perancis (4) dan Sepanyol catat kematian pertama. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini jam 6pm, 5 Mac 2020.

Kematian makin meningkat di Itali (107), Korea Selatan (36) dan  Amerika Syarikat (11). 


KKM menasihatkan org ramai menangguh perjalanan ke bandar/wilayah di Itali, Iran dan Jepun. 

Jika tiada urusan penting, sila tangguhkan perjalanan anda ke: 

1. Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna di Itali

2.  Hokkaido di Jepun 


3. Tehran, Qom dan Gilan di Iran.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia


COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 8am, 6 Mac 2020.

Kematian di Perancis bertambah menjadi 7,  Amerika Syarikat 12 dan kematian pertama di United Kingdom. 

Malaysia 55 kes termasuk 22 kes yang sembuh dan discaj. 


Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia


COVIDー19 Statistik terkini  WHO dikemaskini jam 6pm, 6 Mac 2020. 

Kematian terus meningkat di Itali (148), Korea Selatan (42) dan Amerika Syarikat (14). 

Bhutan, negara baru catat kes pertama. 

Malaysia 83 kes termasuk 23 kes yang sembuh dan discaj. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 6pm, 7 Mac 2020.

Kematian di Itali menghampiri 200, tertinggi di luar China.

Switzerland dan Belanda, dua negara yang berlaku kematian pertama akibat #COVIDー19 


Malaysia 93 kes termasuk 23 yang telah sembuh dan discaj. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVID19 Statistik terkini WHO, 8 Mac 2020. 

Kematian di Itali terus meningkat kpd 233 orang dan negara berjiran Itali seperti Perancis (16) dan Sepanyol (10). 

Argentina catat kematian pertama akibat virus itu.


Malaysia 99 kes termasuk 24 sembuh dan discaj. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia

COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini jam 8am, 9 Mac 2020. 

Itali menjadi negara paling terjejas akibat virus ini di luar China.

Kematian di Itali 366 orang setakat ini. Kira-kira 16 juta pddk di bandar/ wilayah telah dikuarantin. 


Malaysia 99 kes termasuk 24 discaj. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVID19 Statistik terkini WHO, 10 Mac 2020. 

Kematian di negara jiran Itali turut meningkat mendadak iaitu Perancis (25) dan Sepanyol (28). 

San Marino mencatat dua kematian pertama. 


Kerajaan Itali akan kenakan perintah 'lockdown' selepas kematian meningkat 463 org. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik terkini COVID19 oleh WHO jam 6pm, 10 Mac 2020. 

Kematian di China makin menurun tetapi di luar China terutama di Eropah berlaku sebaliknya.

Jangkitan berlaku di semua negara EU dan terbaru di Cyprus. 


Kematian di AS antara tumpuan dunia. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVID19 Statistik terbaru WHO, 11 Mac 2020. 

Kes di Itali melepasi 10,000 dengan 631 kematian. 

Amerika Syarikat, UK dan Jepun juga berlaku peningkatan kematian. 


Mesir dan Indonesia catat kematian pertama akibat virus itu. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVID-19 Statistik terbaru WHO dikemaskini 11am, 12 Mac 2020. 

China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import. 

Wabak di Eropah semakin serius  dan kematian terus meningkat di Itali, Perancis dan Sepanyol. 


AS umum sekatan perjalanan ke Eropah kecuali UK. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia


Denmark keluar perintah ‘lockdown’ dan selaras dgn itu, Malaysia sekat perjalanan keatas semua rakyat Denmark dan warganegara asing lain yang datang dari negara tersebut daripada memasuki Malaysia atau transit di mana-mana pintu masuk.


Malaysia lapor 9 kes baru, manakala 6 telah pulih. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




Sembilan (9) kes baru positif COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 158 kes.


Manakala enam (6) kes telah pulih dan dibenarkan pulang. Dengan ini, 32 kes telah pulih dan discaj dari wad.


Terdapat tiga (3) kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan keadaan mereka stabil.

Berkaitan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, mereka yang terlibat diminta untuk menghubungi PKD berhampiran untuk penilaian risiko jangkitan

COVID-19 dan tindakan lanjut oleh PKD:

1) diambil sampel klinikal jika didapati berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 atau sekiranya bergejala jangkitan saluran pernafasan

2) terima surat perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah

3) diperjelaskan keperluan memantau kesihatan diri menggunakan Home Assessment Tool

Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih melibatkan perhimpunan tabligh ini demi menjaga keharmonian umum.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVID19 Statistik terkini WHO dikemaskini jam 8am 13 Mac 2020. 

Kematian di Itali melebihi 1,000 org manakala di Sepanyol (84) kematian melebihi Korea Selatan (61).

Di ASEAN,  tiga negara catat kematian - Filipina, Thailand dan Indonesia. 


#COVID19 adalah #pandemic 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik terbaru WHO dikemaskini 6pm 13 Mac.

Kes di Itali melebihi 12,000 dgn kematian lebih 1,000 dan kadar kematian lebih 8%. 

Greece, Cyprus, Austria, Panama - negara yang mula berlaku kematian. 

Di Malaysia, 197 kes dgn 33 telah pulih. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVID19 Statistik WHO dikemaskini 10am, 14 Mac 2020.

Eropah kini menjadi pusat wabak COVID-19 yang telah diisytiharkan pandemik.

Kes dan kematian meningkat ketara di Itali, Sepanyol, Perancis  dan terbaru di Jerman.


Di Korea Selatan, wabak makin terkawal. Malaysia 197 kes. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




Status terkini global COVID19 , 15 Mac 2020

Negara Itali masih mempunyai kematian yang tertinggi iaitu 1,441 dengan kadar peratusan 6.8% 


Sebanyak 10 penambahan negara yang disenaraikan mempunyai wabak COVID-19 menjadikan 146 negara terkesan dengan wabak ini. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 8am, 16 Mac 2020. 

Kematian di Itali hampir mencecah 2,000 dan Sepanyol, kematian meningkat ketara menghampiri 300 orang.


Filipina, walaupun jumlah kes 140, kematian agak tinggi (11) dgn kadar kematian 7.9%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVIDー19 Statistik seluruh dunia dikeluarkan WHO, 17 Mac 2020.

Jumlah kematian keseluruhan  6,442 dengan purata kadar kematian 3.55%. 

Kadar kematian tertinggi Itali (6.47%), Iran (4.83), China (3.95%) dan Sepanyol (2.9%).


Wabak COVID-19 Korea Selafan makin terkawal. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



COVIDー19 Statistik terbaru WHO, 18 Mac 2020. 

Kematian mencecah hampir 8,000 di seluruh dunia dan hampir 200,000 dijangkiti virus itu. 

Kematian di Itali lebih 2,500 dgn kadar kematian 7.9% mengatasi China 4%. 


Malaysia 2 kematian dan 49  sembuh dgn kadar kematian 0.3%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik terbaru COVID-19 di seluruh dunia oleh WHO, 19 Mac 2020.

Kematian di Itali hampir 3K dgn kadar kematian 8.34%.

Kematian di Iran, Sepanyol dan Perancis terus meningkat.


Indonesia, kematian tertinggi di Asean dgn 19 (8.4%) dan Filipina 14 (7%), Malaysia 2 (0.25%). 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Kematian di Itali melepasi China dengan kadar kematian meningkat kepada 8.3%. 

Filipina lapor 3 kematian baru manakala tiada kes kematian baru di Indonesia. 


USA, Perancis, UK dan Sepanyol antara negara yang terus rekodkan kes kematian. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistk COVIDー19 di seluruh dunia yang dikeluarkan WHO, 21 Mac 2020.

Kematian seluruh dunia melebihi 11,000 orang dengan purata kadar kematian 4%.

Kematian di Itali melebihi China dgn kadar kematian 8.6%.

Indonesia dengan 32 kematian dan kadar kematian paling tinggi.

iaitu 8.7% manakala Filipina 18 kematian dgn kadar kematian 7.8%.

Selain Malaysia 8 kematian, Singapura juga mencatatkan 2 kematian dan Thailand satu kematian.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik COVID-19 WHO di seluruh dunia, 22 Mac 2020. 

Kematian seluruh dunia melebihi 12K dgn purata kadar kematian 4.2%. 

Kematian di Itali tertinggi di dunia menghampiri 5K dgn kadar kematian 9%, tertinggi di dunia. 


Kes di AS meningkat mendadak melebihi 26,000. 

Indonesia kematian tertinggi di rantau ini (38) dgn kadar kematian 8.4%, Filipina 25 kematian (8.14%), Malaysia 9 kematian (0.8%), Singapura 2 kematian (0.5%).

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik #COVIDー19 di seluruh dunia dikeluarkan WHO, 23 Mac 2020.

Kematian di Itali tertinggi di dunia melebihi 5,400 manakala Indonesia kadar kematian tertinggi 9.34%. 

Di AS,  berlaku peningkatan ketara  kes dan kematian.


Di Malaysia, 14 kematian  atau 0.91%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik #COVIDー19 di seluruh dunia dikeluarkan WHO, 24 Mac 2020. 

Kematian di Itali tertinggi di dunia melebihi 6,000 orang dengan kadar kematian 9.5%. 

Pertambahan kematian di negara Eropah - Sepanyol, Jerman dan Perancis. 


Malaysia (15) dgn kadar kematian 0.9%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia





Statistik #COVIDー19 di seluruh dunia dikeluarkan WHO, 26 Mac 2020. 



#COVID19 telah membunuh lebih  24,000 orang di seluruh dunia dan Itali paling tinggi iaitu lebih 8,000 org setakat ini. 

Amerika Syarikat telah 'mengalahkan' China dgn jumlah kes positif tertinggi di dunia. 


Kadar kematian di Itali tertinggi lebih 10% dan Indonesia 8.7%. 

Kematian di negara-negara Eropah makin membimbangkan terutama di Sepanyol, Jerman, Perancis, Switzerland dan UK. 


Namun, paling membimbangkan WHO jika COVID-19 merebak dan menjadi  tidak terkawal di negara-negara di benua Afrika yang serba kekurangan kemudahan kesihatan.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik COVID-19 Di seluruh dunia pada 28 Mac 2020.

Amerika Syarikat merupakan negara yang paling tinggi di dunia dengan jumlah 104, 007 kes atau 17.4% dari jumlah keseluruhan kes di dunia. Bagi kadar kematian pula ialah 1.5% atau 1,581 kes.

Hampir kesemua negara di dunia iaitu 201 negara mempunyai kes positif COVID-19.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik COVID-19 Di seluruh dunia pada 28 Mac 2020.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Negara Amerika Syarikat mempunyai kes yang paling tinggi iaitu 124,217 kes atau 18.7% daripada kes seluruh dunia.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




Statistik COVID-19 Di seluruh dunia pada 30 Mac 2020.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik #COVID-19 di seluruh dunia pada 1 April 2020 yang dikeluarkan WHO.

Kadar kematian di Itali tertinggi di dunia melebihi 11% dengan kematian melebihi 12K  diikuti Indonesia 8.9% dengan kematian 136 orang. 


Malaysia, 2,908 kes dengan 45 kematian atau 1.55%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia





Statistik #COVIDー19 di seluruh dunia oleh WHO, 2 April.

Amerika.Syarikat catat kes dijangkiti paling tinggi manakala Itali catat kematian dan kadar kematian tertinggi. 


Malaysia 50 kematian dgn kadar kematian 1.6% manakala kadar kematian #COVID19 seluruh dunia 5%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




#COVID19WORLD  Statistik terbaru yang dikeluarkan WHO. 3 April 2020

Bil. yang dijangkiti - lebih 1 juta   Kematian - lebih 52,000

Kes tertinggi - Amerika Syarikat 

Kematian tertinggi - Itali (12%)
Kadar kematian dunia - 5.2%

Malaysia 
Kematian 53 (1.6%)

Sembuh 827 (25%) 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



#COVID19WORLD Statistik kes dan kematian seluruh dunia yang dikeluarkan WHO. 4 April 2020.

Kadar kematian akibat virus ini meningkat 5.4% dan kadar kesembuhan 20.6%.

Kematian di Itali cecah 15K orang dan Sepanyol melebihi 11K. 


Malaysia 57 kematian pada kadar 1.6% dan sembuh 26%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



#COVID19 Statistik terbaru WHO, 5 April 2020.

Bilangan orang dijangkiti virus di Sepanyol mengatasi Itali namun Itali kekal kes kematian tertinggi melebihi 15K orang.


Kadar kematian di Itali kekal tertinggi 12.3% jauh lebih tinggi kadar dunia 5.4% manakala Malaysia 1.6%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




Statistik terbaru WHO menunjukkan wabak pandemik #COVID19 di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah khususnya Itali, Sepanyol dan Perancis lebih buruk berbanding asal wabak itu, China. 


Pengalisis antarabangsa jangka AS hadapi situasi paling sukar kerana kurang persediaan. 


Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia, 8 April 2020.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia, 9 April 2020.


Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik terbaru #COVIDー19 di seluruh dunia. 11 April 2020.

Kematian terus meningkat di US, Itali dan Sepanyol. 

Di rantau Asean, Indonesia, Filipina dan Malaysia rekod kematian tertinggi. 


Namun, kadar kematian di negara kita antara terendah 1.6% dan kesembuhan antara tertinggi 44%.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia. 12 April 2020.

Jumlah kes COVID-19 bagi negara Amerika Syarikat adalah 29.8 % dari jumlah kes keseluruhan di dunia.

Kadar peratusan kematian yang tertinggi adalah 12.8% bagi negara Itali.


Kes COVID-19 di dunia telah mula menghampiri ke angka 2 juta.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




#COVID19 Statistik WHO menunjukkan Amerika Syarikat paling teruk terjejas dengan kes melebihi setengah juta dgn kematian melebihi 20,000. 

Kadar kesembuhan di Malaysia ialah 45% antara tertinggi di dunia. 


Kadar kesembuhan tertinggi di China 94% dan Korea Selatan 69%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




Statistik WHO menunjukkan kes positif #COVID19 di seluruh dunia menghampiri dua juta orang.  14 April 2020


Amerika Syarikat dan lima negara di Eropah merekodkan kes positif dan kematian tertinggi.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik terbaru #COVID19 seluruh dunia yang dikeluarkan @WHO. 16 April 2020.

Lebih 2 juta kes dunia dan 31% adalah di Amerika Syarikat. 


Di #Malaysia, kadar kesembuhan 53.4% antara teringgi di dunia dan kadar kematian 1.6% adalah jauh lebih rendah purata kadar kematian dunia 6.5%.


Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.

Enam negara iaitu Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali, Perancis, Jerman dan United Kingdom adalah negara yang mempunyai bilangan kes melebihi 100,000 kes.


Negara Belgium pula kadar peratusan kematian menghampiri 14%. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




#COVID19 Statistik terbaru dikeluarkan @WHO menunjukkan lebih 2.3 juta dijangkiti virus itu dan 31% berlaku di Amerika Syarikat. 19 April 2020.

Turki, negara paling terjejas di Timur Tengah. 


Di Asean, kadar kesembuhan 59% di Malaysia adalah tertinggi & kematian tertinggi di Indonesia (535).

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




Lebih 2.4 juta dijangkiti #COVID19 di seluruh dunia mengikut statistik terbaru @WHO. 20 April 2020.

32% kes di Amerika Syarikat dan negara asal wabak itu, China, hanya 3.5% kes. 

Di Asean, Singapura kes tertinggi manakala Indonesia kematian tertinggi. 


Lebih 60% kes di Malaysia sembuh. 

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia





COVID19 di seluruh dunia mengikut statistik terbaru @WHO. 22 April 2020.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia. 23 April 2020.

Negara Amerika Syarikat masih lagi negara yang mempunyai kadar peratusan kes yang tertinggi iaitu 31.95% diikuti dengan Sepanyol, 7.90% dan Itali, 7.10%.


Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia




Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia. 24 April 2020.

Negara Amerika Syarikat masih mempunyai bilangan kes yang tertinggi iaitu sekitar 32% daripada jumlah kes di dunia.

Bagi kematian peratusan tertinggi adalah negara Belgium iaitu 15.16%.


Sumber - CPRC 



Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia. 25 April 2020.



Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia. 26 April 2020.

Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.38%, dari negara Amerika Syarikat.

Kes kematian yang tertinggi masih lagi negara Belgium dengan kadar peratus 15.26%.


Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia


Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia. 28 April 2020.

Terdapat 7 negara yang mempunyai jumlah kes melebihi 100,000 kes iaitu Turki, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat dengan jumlah kadar peratusan untuk ketujuh-tujuh negara tersebut adalah 65.98% daripada jumlah keseluruhan kes di dunia.

Negara Belgium masih lagi mencatat peratusan kematian yang tinggi iaitu 15.44% bagi negara yang mempunyai kes melebihi 250 kes.


Sumber - CPRC KKM



Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia. 29 April 2020

Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.48%, dari negara Amerika Syarikat dimana jumlah kes di negara tersebut melebihi 1 juta hari ini.


Kadar kes kematian yang tertinggi masih lagi negara Belgium dengan 15.49%.

Sumber - CPRC KKM




Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia. 30 April 2020

Statistik terbaru dikeluarkan #WHO menunjukkan lebih 3.2 juta org dijangkiti #COVIDー19 (32% di AS) dan kematian global pula  228K.

Kadar kematian tertinggi ialah #UK dgn 15.72% atau lebih 26K kematian drpd 166K kes keseluruhan.

Malaysia baru saja memasuki fasa pemulihan.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia



Statistik #COVID19 seluruh dunia oleh @WHO menunjukkan kes sembuh melebihi 1 juta orang atau 31.5% drpd lebih 3.3 juta pesakit. 02 Mei 2020

Turki dan Rusia kini termasuk antara 10 negara catat kes positif melebihi 100,000. 


Virus ini menjangkiti seluruh pelusuk benua kecuali Antartika.

Sumber : @kementeriankesihatanmalaysia

Post a Comment

0 Comments