MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Politeknik Kota Melaka, Politeknik pertama di Malaysia Menubuhkan Food Bank Siswa


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) YB Saifuddin Nasution melalui Twitter rasmi beliau mengumumkan Politeknik Kota Melaka menjadi Politeknik pertama di Malaysia  menubuhkan Food Bank Siswa.

Seramai 100 pelajar daripada isi rumah yang memerlukan telah dikenalpasti dan layak menerima bantuan. Sebuah "Food Pantry" telah disediakan dengan pelbagai lebihan makanan seperti roti, biskut, makanan tin, bijirin sarapan, minuman dan banyak lagi.



Pelaksanaan Food Bank Siswa berkonsepkan "Daripada Mahasiswa kepada Mahasiswa" di mana sumbangan lebihan makanan daripada rakan-rakan strategik Kementerian akan diagihkan oleh Kelab Gerakan Pengguna Siswa. 

Pada masa sama YB Saifuddin Nasution merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang iaitu:

1. Mamee
2. FAMA Melaka
3. Econsave 
4. Aeon
5. TESCO 
6. GJH Construction Sdn. Bhd
7. Shanghai Construction Sdn. Bhd.
8. Golden 88Mini Mart
9. Family Store Melaka Mall
10. Kumpulan Legasi Z Sufi Marketing
11. Petronas

Ada yg menyumbang lebihan makanan & ada yang menyumbang sumbangan Kewangan

Diharapkan Food Bank Siswa Politeknik Kota Melaka akan sedikit sebanyak meringankan beban anak Siswa yg memerlukan & bantu mereka mengejar masa depan yg cerah tanpa perlu bimbang mengenai masalah kelaparan. katanya."


Sumber : Twitter YB Saifuddin Nasution 


Post a Comment

0 Comments