MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Status Halal Biskut Raya Jenama MyBizcuit



Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa biskut raya jenama MyBiazcuit diambil dari China dan menyalahguna logo halal. 


Menurut kenyataan rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM:

Penjelasan Isu Status Halal Produk Biskut Raya Jenama MyBizcuit

Pihak JAKIM menerima banyak pertanyaan dari pengguna berkenaan status halal produk biskut raya jenama MyBizcuit. Kemusykilan ini timbul apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan dakwaan bahawa biskut raya jenama berkenaan diambil dari China dan menyalahguna logo halal. 

Untuk makluman pengguna, biskut raya jenama MyBizcuit keluaran syarikat Koon Brother Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah. 

Diterbitkan 24 Mei 2019

Sumber : Facebook JAKIM


Post a Comment

0 Comments