MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kedah Bakal Miliki Perpustakaan Digital Berkonsepkan Dalam Taman Siap Tahun 2021


Kedah bakal mempunyai sebuah Perpustakaan Digital (PDK) berkonsep Dalam Taman yang menggabungkan elemen teknologi terkini dan seni warisan tidak lama lagi.

Perpustakaan yang dibina dalam kawasan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj seluas 2.2 ekar itu dijangka siap tahun 2021 dengan kos RM15 juta.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perpustakaan tersebut unik dan dijangka menjadi daya tarikan pengunjung di dalam dan luar Negara.

Projek Kerajaan Persekutuan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan sokongan Kerajaan Negeri Kedah itu merupakan kemudahan dan ‘pemberian’ untuk rakyat.

Beliau ditemui selepas melawat tapak Perpustakaan Digital Kedah di Memorial Memorial Tunku Abdul Rahman di Alor Setar.

Sumber : RTM 

Post a Comment

0 Comments