MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi Qari Dari Sabah Terawal Memperdengarkan Bacaan Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020






KOTA KINABALU: Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2020 malam pertama menyaksikan seramai empat wakil Qari dan Qariah dari Negeri Bawah Bayu menjadi peserta terawal memperdengarkan bacaan mereka, malam tadi.

Kategori Qari, peserta tempatan Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi membacakan  ayat 95 surah Al An’am iaitu Juzu’ ketujuh pada muka surat 140 manakala peserta Qariah, Siti Hatijah Mursuki membaca ayat lima surah Yunus, Juzu’ 11 di muka surat 208.

Sementara itu, Muhammad Fiqry mengalunkan tarannum Nahawand dan Jiharka manakala Siti Hatijah pula Nahawand serta Hijaz.

Dalam pada itu, lima peserta lain yang turut sama bertanding pada malam pertama penganjuran ialah Muhammad Asyraf Hairam Tuan Rosli (Johor), Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi (Kelantan), Dr Anuar Hasin (Perak), Sarrul-Munirah Haris (Melaka) dan Mohamad Husaini Mahmur (Negeri Sembilan).

Berlangsung selama enam hari bermula 16 sehingga 21 Februari, tilawah peringkat kebangsaan disertai seramai 28 peserta yang masing-masing diwakili 14 Qari dan Qariah daripada seluruh negara.
Johan Qari dan Qariah akan menerima hadiah wang tunai RM15,000, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menundaikan fardhu haji serta cenderamata. – SabahNewsToday

Post a Comment

0 Comments