MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kadar Caruman KWSP Pekerja Diturunkan Daripada 11% Kepada 7% Berkuatkuasa 1 April 2020


Seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi hari ini, kadar caruman minima berkanun bagi pekerja akan diturunkan daripada 11% kepada 7%. Kadar caruman baharu ini akan berkuatkuasa bermula 1 April 2020 sehingga akhir tahun.

Pekerja boleh memilih untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun KWSP 17A (Khas) yang boleh diperoleh melalui laman sesawang kwsp.gov.my

Notis ini perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP. Kadar caruman majikan tidak terjejas berikutan pengumuman ini.

Caruman mandatori syer pekerja sebanyak 7% telah ditetapkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi tempoh Gaji April 2020 – Disember 2020. Oleh sebab itu, pilihan bagi mengekalkan kadar caruman 11% memerlukan ahli mengisi borang 17A (KHAS) dan kembalikan kpd majikan utk disahkan sebelum diserahkan ke KWSP.

Tiada sebarang perubahan untuk kadar berkanun bagi syer majikan.  Kadar caruman syer majikan masih kekal 13% (utk upah RM5000 dan ke bawah) dan 12% (upah melebihi RM5000).

Borang ini boleh dimuat turun daripada kwsp.gov.my atau klik link di bawah:-

Penurunan Kadar Caruman Pekerja - KWSP

Muat Turun Borang Kekalkan Caruman Syer Pekerja 11%

Sumber : @KWSP

Post a Comment

0 Comments