MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

IBFIM Melantik Tiga (3) Ahli Lembaga Baharu



Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) melantik tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu iaitu:- 
  1. Datuk Adissadikin Ali
  2. Nazlee Khalifah
  3. Elmie Aman Najas
Menerusi pelantikan baharu itu, gabungan Ahli Lembaga Pengarah IBFIM terdiri daripada:-

Pengerusi, Datuk Mohamed Rafique Merican

Enam (6) Ahli Lembaga Pengarah:- 
  1. Adissadikin Ali
  2. Muhammad Fikri Mohamad Rawi
  3. Elmie Aman Najas
  4. Nazlee Khalifah
  5. Datuk Badlisyah Abdul Ghani 
  6. Abdul Aziz Zainal Abidin
Pengerusi IBFIM Datuk Mohamed Rafique Merican, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic berkata, ketiga-tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu itu masing-masing berpengalaman luas dan mempunyai rekod cemerlang di bidang perbankan Islam dan takaful.

"Kami mengalu-alukan sumbangan mereka dalam memudahkan pertumbuhan tenaga kerja tempatan dan global dalam industri kewangan Islam dan akan merealisasikan aspirasi IBFIM untuk menjadi pusat rujukan global bagi kewangan Islam," katanya.

Adissadikin,Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun  dalam sektor perkhidmatan kewangan dan juga merupakan Presiden Persatuan Perbankan dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM).

Rakan sejawatnya, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank dan ahli Majlis AIBIM mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan strategik industri perbankan manakala Elmie, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam sektor insurans dan takaful.

Sumber : IBFIM dan BERNAMA 


Post a Comment

0 Comments