MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Udang Ternakan di Malaysia Selamat Dimakan



Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memgambil perhatian serius dan ingin memberi maklumbalas terhadap kenyataan akhbar The Star bertajuk "Shrimp Danger" Farmers use illegal antibiotics to treat shrimp; bertarikh 04 Januari 2020 yang akan menimbulkan taksiran yang negatif terhadap industri ternakan udang di Malaysia.

DOF menjalankan pensampelan ke atas sampel-sampel udang dan ikan untuk memantau kandungan antibiotik iaitu Chloramphenicol (CAP), Nitrofuran (NF) dan Nitroimidazole (NI),. Sebanyak 2, 466 sampel yang telah diambil bagi tempoh 2008 hingga sekarang dan dianalisa di makmal Biosekuriti Perikanan yang telah mendapat pensijilan ISO dan didapati tiada bahan antibiotik terlarang yang dikesan dan kesemua sampel udang kolam ternakan tempatan adalah tidak dikesan / negatif kehadiran antibiotik.



Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Post a Comment

0 Comments