MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Kon Aiskrim Menjijikkan



Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mula menerima pertanyaan awam mengenai satu sebaran kon aiskrim sebuah jenama terkenal dan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Tular ini berpunca daripada satu tulisan beserta beberapa keeping gambar yang menunjukkan seolah-olah kon tersebut diperbuat dalam keadaan yang menjijikkan.

Untuk makluman pengguna, penjelasan mengenainya telah dimuat naik oleh syarikat terbabit. Untuk keterangan lanjut sila klik pautan berikut: www.mcdonalds.com.my

Justeru, masyarakat pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menularkan sebarang berita berkaitan isu yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal. Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di :-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

"Yakini Halal Malaysia" 

Sumber:  Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 
emel: pr_halal.islam@1govuc.gov.my
Telefon : 03-88925000/1

08 Januari 2020


Di bawah dikongsikan gambar viral melalui WhatsApp yang Admin sendiri dapat menerusi WhatsApp:





Isu Halal : Ramuan Haiwan Wajib Diperiksa

Post a Comment

0 Comments