MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1441H/2020M.


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada tahun ini dengan kerjasama pelbagai rakan strategik akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1441H/2020M.

Majlis bermula 21 Januari sehingga 23 Januari 2020 (Selasa - Khamis), bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Pihak JAWI mempelawa orang ramai untuk hadir mengimarahkan majlis.


Untuk rekod, Qari Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad dan Qariah Noorul Hasliza binti Ahmad telah berjaya mengungguli Majlis Tilawah/Hafazan Al-Quran dan Karnival Rahmah Peringkat Wilayah Persekutuan 1440H/2019M.

Susulan itu,  Qari Wilayah Persekutuan Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad telah meraih tempat ketiga dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) bagi Tahun 1440H/2019M.


3 orang pelajar @pondok _moden_al_abaqirah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) telah berjaya mendapat tempat Johan dan Naib Johan Hafazan bagi kategori 1-10 Juzuk dan Johan Hafazan bagi kategori 1-30 Juzuk sempena Majlis Tilawah/Hafazan Al-Quran dan Karnival Rahmah Peringkat Wilayah Persekutuan 1440H/2019M.

Sumber : JAWI


Post a Comment

0 Comments