MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengendali Insurans Hayat & Takaful Sedia Perlindungan Koronavirus


Semua pengendali insurans hayat dan takaful akan menyediakan perlindungan hospital dan rawatan disebabkan 2019 novel koronavirus kepada pemegang polisi dan sijil mereka.

Langkah itu diumumkan dalam kenyataan bersama hari ini oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia.

Mereka berkata walaupun sebahagian besar daripada polisi/sijil perubatan memberi pengecualian kepada penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang, penggiat memberi respons terhadap keperluan segera negara dengan mengetepikan pengecualian ke atas kuarantin oleh undang-undang berikutan jumlah mereka yang dijangkiti meningkat.

“Pemegang polisi dan sijil dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat insurans dan pengendali takaful mereka untuk faedah dan terma serta syarat polisi insurans kesihatan dan sijil takaful mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LIAM Mark O’Dell.

Pemegang polisi turut dinasihatkan untuk menghubungi syarikat insurans hayat dan pengendali takaful masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perlindungan insurans dan takaful mereka.

Ahli LIAM ialah AIA Bhd, Allianz Life Insurance Malaysia Bhd, AmMetLife Insurance Bhd, AXA AFFIN Life Insurance Bhd, Etiqa Life Insurance Bhd, Gibraltar BSN Life Bhd, Great Eastern Life Assurance (M) Bhd, Hannover Rueck SE, Malaysian Branch.

Selain itu, Hong Leong Assurance Bhd, Manulife Insurance Bhd, Malaysian Life Reinsurance Group Bhd, MCIS Insurance Bhd, Prudential Assurance Malaysia Bhd, Sun Life Malaysia Assurance Bhd, Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd dan Zurich Life Insurance Malaysia Bhd.

Sumber: Bernama


Post a Comment

0 Comments