MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pekerja Yang Bekerja Antara Tahun 1990 Sehingga 2019 Berhak Mendapat Faedah Bernilai RM10,000 Dari KWSP?



Tular sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pekerja yang bekerja antara tahun 1990 sehingga 2019 berhak mendapat faedah RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KWSP memberi amaran kepada orang awam mengenai cubaan menipu dan mencuri data yang disebar melalui media sosial, yang meminta mereka untuk menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima insentif sebanyak RM 10,000.


Ini adalah laman web PALSU yang bertujuan menipu dan mencuri data peribadi ahli. Ahli digesa tidak menjawab kaji selidik tersebut untuk mengelakkan data peribadi mereka dikongsi dengan pihak ketiga yang tidak sah.
Untuk sebarang penjelasan mengenai perkhidmatan KWSP, rujuk laman web rasmi di www.kwsp.gov.myLaporan mengenai sebarang mesej yang meragukan dalam media sosial boleh dibuat melalui Pertanyaan atau hubungi 03-8922 6000

Sumber : www.kwsp.gov.my

Post a Comment

0 Comments