MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bakara vs Black Hawk Down



SUNGAI PETANI: : Selepas kejayaan filem ‘Paskal The Movie’ dan ‘Wira’ yang memberi impak positif kepada industri filem tempatan, pengarah Adrian Teh sekali lagi dipertanggungjawabkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghasilkan filem ‘Bakara’.

Filem tersebut berdasarkan kejadian sebenar pertempuran di Mogadishu, Somalia, adaptasi daripada filem ‘Black Hawk Down’ versi sebenar Malaysia.

Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, filem ini adalah kejadian sebenar pertempuran berkenaan.

Ia mengenai Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam misi menjaga keamanan, diserang hendap oleh gerila pemberontak pimpinan Mohamed Farrah Aidid.

Bakara turut memaparkan pasukan tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Filem yang dinaung dibawah syarikat produksi Act 2 ini bakal membariskan pelakon tangkas Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi.

Malam tadi berlangsung Majlis Pelancaran Filem Bakara di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, di sini.

Turut hadir Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi, veteran Tentera Darat serta anggota yang pernah terlibat dalam pentempuran di Bakara Mogadishu.

Bagi menghasilkan karya dengan baik dan mantap sekali lagi pengarah Adrian Teh dipertanggungjawabkan untuk mengarahkan filem yang menelan belanja lebih RM20 juta ini.

Malah filem ini juga turut menggunakan anggota ATM sebenar dan aset ketenteran.

Sumber : AstroAwani 

Post a Comment

0 Comments