MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

4 Sebab Kenapa Pengusaha Kantin Wajib Pamer Harga


Setiap sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah dan seumpamnya mempunyai premis kantin dan kantin ini menyediakan perkhidmatan menjual makanan dan minuman.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewajibkan pengusaha kantin mempamerkan harga bagi tujuan:

1. Pelajar tahu harga yang dijual seperti minuman dan makanan.

2 Pelajar boleh bajet perbelanjaan berdasarkan wang belanja harian yang ada dalam tangan pelajar.

3. Pelajar boleh buat perbandingan harga, sesetengah sekolah mempunyai dua (2) premis Kantin melalui harga yang dipamerkan pelajar boleh membuat perbandingan harga bagi perbelanjaan wang makan dan minum.

4. Pelajar peka dengan perubahan harga, harga yang dipamerkan mungkin berbeza mengikut masa dan kuantiti, sekiranya ada perubahan pelajar boleh bertanyakan kepada pengusaha kantin kenapa ada perubahan harga.

Untuk melahirkan pelajar yang peka dan dapat menguruskan perbelanjaan dengan baik memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam mendidik anak-anak kita sebagai pengguna yang bijak. 

Sumber : KPM


Post a Comment

0 Comments