MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pelanggan TNB Nikmati Faedah 2.5% Bagi Deposit Jaminan Elektrik



Pelanggan Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menikmati 2.5 peratus faedah setahun (juga dikenali sebagai rebat) bagi deposit jaminan elektrik mereka, yang akan dikreditkan ke dalam bil bulan Januari.

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan faedah tahunan, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, deposit jaminan pelanggan TNB akan meningkat dari semasa ke semasa kerana faedah dikira berdasarkan kepada baki terkumpul deposit.

"Bagaimanapun, rebat itu hanya diberikan kepada deposit yang dibayar secara tunai. Pelanggan yang depositnya melebihi RM2,000 mempunyai pilihan untuk membayar deposit sama ada secara tunai atau jaminan bank,” kata syarikat utiliti nasional itu.

-- BERNAMA

Post a Comment

0 Comments