MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Young Heroes Summit 2019


Menteri Belia dan Sukan Malaysia (KBS) YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghadiri program Young Heroes Summit 2019 berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) anjuran bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan KBS yang dihadiri 2000 orang usahawan digital tempatan.


Program Young Heroes Summit 2019 usahasama strategik KBS dan MDEC bagi memperkasakan golongan belia dengan kemahiran keusahawanan digital.

Usahawan - usahawan ini telah dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran pemasaran digital  sekaligus memanfaatkan peluang akses ke pasaran atas talian dan meraih peningkatan jualan tambahan yang memberangsangkan.

KBS komited memberikan peluang lebih besar untuk meningkatkan kualiti kehidupan  kepada anak muda Malaysia. Dalam program tersebut juga banyak perkongsian cerita kejayaan usahawan muda yang KBS kongsikan bersama peserta program.

Dalam ucapan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga beliau menyatakan 

Anak muda tidak malas.
Anak muda kerja keras.
Kerajaan Malaysia sentiasa menyokong penuh hasrat dan suara anak muda. 

Tetamu kehormat yang hadir pada program tersebut Pengerusi CEC Malaysia Tun Daim Zainuddin dan beliau turut berkongsi pandangan dalam sesi Usahawan. "Entrepreneurship as National Asset".


Turut sama hadir dalam program ini Dato' Suriani Dato' Ahmad (Ketua Setiausaha Kementerian Multimedia dan Komunikasi Malaysia), Puan Surina Shukri (CEO, MDEC), Puan Nicole Tan (Country Manager Facebook Malaysia), Dr Zainah binti Shariff (Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia)


Sumber : KBS 

Post a Comment

0 Comments