MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Yakin Kepada Produk Mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)


Masyarakat tidak perlu curiga atau mempertikaikan setiap produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana kualiti bahan mentah yang digunakan adalah terjamin.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM, Bukhari Md Akhir, berkata agensi terbabit mempraktikkan prosedur ketat sebelum mengeluarkan sijil halal bagi memastikan setiap produk dihasilkan termasuk bahan digunakan disahkan halal dan bersih dari segi hukum syarak serta aspek lain yang berkuatkuasa di negara ini.

Beliaum berkata JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) mengenakan prosedur yang teliti sebelum SPHM dikeluarkan supaya produk dihasilkan disahkan halal mengikut piawaian ditetapkan.

Antaranya, pemohon harus memastikan sumber bahan ramuan halal dan memilih pembekal atau subkontraktor yang membekalkan bahan halal atau mempunyai SIJIL Pengeahan Halal seta patuh prosedur halal dalam Manual Prosedur Pensijilian Halal Malaysia. "Syarikat disenaraikan dalam kategori multinasional dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) wajib mewujudkan Sistem Jaminan Halal bagi memastikan pematuhan prosedur pensijilan halal berjalan dengan berkesan," Katanya 

#YakiniHalalMalaysia

Sumber : JAKIM

Isu Halal : Kompilasi Logo Halal Yang Diiktiraf

Post a Comment

0 Comments