MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Proton X70 Kenderaan Rasmi APEC 2020



Proton X70 telah dipilih menjadi antara kenderaan rasmi bagi Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 atau MyAPEC 2020 di mana SUV segmen C Premium paling popular di Malaysia ini bakal digunakan untuk menyokong forum sepanjang itu yang mempromosikan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.


APEC terdiri daripada 21 ekonomi yang melawat Malaysia sepanjang 2020 di mana Jawatankuasa Kerja akan membincangkan pelbagai isu ke arah integrasi dalam ekonomi serantau. Sebagai sebuah jenama automotif negara,  PROTON adalah simbol pengidustrian Malaysia di mana terdapat peralihan dari ekonomi berasaskan sumber semulajadi kepada ekonomi pembuatan dan pengetahuan.


Dr. Li Chunrong Ketua Pegawai Eksekutif PROTON berkata "PROTON berbesar hati men menyokong Malaysia yang menjadi hos bagi sidang kemuncak APEC 2020. Dengan adanya ciri - ciri pintar, pengendalian yang mantap dan penarafan keselamatan lima bintang  oleh ASIAN NCAP, kami percaya bahawa Proton X70 boleh mencerminkan kerjasama erat antara negara-negara melalui persidangan seperti APEC yang bergabung demi menaik taraf antara satu sama lain,  sekaligus meningkatkan keupayaan keseluruhan industri dan ekosistem sokongan.



Sumber : protoncars 

Post a Comment

0 Comments