MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

BNM Berkemungkinan Mengurangkan OPR Pada Suku Pertama 2020.




MIDF Research tidak menjangkakan pendapatan bersih setahun penuh bank terjejas sekiranya Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikurangkan.

Dalam notanya, firma penyelidikan itu berkata Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan mengurangkan OPR pada suku pertama 2020.

Mungkin penurunan sekali bagi mengekalkan pendirian berhati-hati, memandangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melepasi 4.0 peratus masih boleh dianggap kukuh, sambil menambah KDNK diunjur meningkat pada 4.5 peratus tahun depan berbanding unjuran 4.6 peratus tahun ini.

Walaupun tidak menolak pemampatan jangka pendek kepada Margin Faedah Bersih (NIM), kami percaya ia berkemungkinan hanya untuk satu suku dan akan pulih dengan lebih cepat,” kata MIDF Research.

Dalam kedudukan biasa, firma penyelidikan itu berkata, ia berkemungkinan mengambil masa dua hingga tiga suku untuk NIM kembali normal ekoran kos dana berkurangan, khususnya daripada pelarasan kepada kadar deposit tetap, yang merosot sebelum penurunan OPR.

Walaupun begitu, MIDF Research mendapati bahawa NIM adalah lebih baik daripada jangkakan dalam kajian awal ke atas semua bank dalam liputan kami pada suku ketiga 2019.

MIDF Research menyedari bahawa NIM merosot pada purata 5.0 mata asas suku ke suku pada suku kedua 2019, apabila BNM menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas pada Mei 2019.

Bagaimanapun, NIM meningkat pada purata 4.0 mata asas pada suku ke suku pada suku ketiga 2019 dengan beberapa bank melaporkan NIM lebih baik pada suku itu," kata MIDF Research

Secara menyeluruh, MIDF Research berkata impak penurunan OPR sudah diambil kira sepenuhnya, dengan sebahagian daripada konsensus menjangkakan penurunan kedua akan dibuat pada pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari November 2019.

Namun, melihat saham perbankan secara umumnya kini rendah daripada nilai sebenar, termasuk mengambil kira penurunan kadar seterusnya, yang telah kami diambil kira dalam unjuran pendapatan tahun 2020.

Sebahagian besar bank didagangkan kurang daripada purata sejarah tiga tahun mereka. Kami berpendapat bahawa ini tidak wajar kerana pada pandangan kami, bank telah berjaya mengharungi halangan yang dihadapinya tahun ini,” katanya

Margin Faedah Bersih (NIM) juga dikenali sebagai "hasil bersih atas aset berpendapatan bunga." Rumus untuk margin faedah bersih adalah:

Margin Faedah Bersih = (Faedah Yang Diterima - Faedah Yang Dibayar) / Aset Yang Diinvestasikan

Sumber :Bernama

Post a Comment

0 Comments