MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan JPA Berhubung Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia ingin memberikan penjelasan kepada maklumat yang tular di media sosial berkaitan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).PENERIMA BIPK SEDIA ADA TIDAK TERJEJAS DENGAN PEMANSUHAN BIPK PADA 1 JANUARI 2020. 

Untuk semakan kepada pekeliling disertakan di pautan bawah:

Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2020

Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) adalah langkah penjajaran pelaksanaan pemberian oleh Kerajaan. Penjelasannya dikeluarkan oleh JPA menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Thn 2020. Pemansuhan terpakai ke atas kesemua 33 skim Perkhidmatan Awam.

Bermakna lantikan baharu pada tahun 2020 akan datang tidak lagi akan memperolehi bayaran BIPK ini.

untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi JPA di talian : 03-8885 3096 / 3088 / 3146 atau email di alamat : komunikasi@jpa.gov.my

Sumber : JPA  & Twitter 

Post a Comment

0 Comments