MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Adab - Adab Semasa di Tanah Haram



Berikut dikongsikan adab-adab semasa berada di Tanah Haram / Tanah Suci Mekkah sebagai panduan bersama:
  1. Bergantung kepada Allah swt sepenuhnya bukan kepada manusia/makhluk, yakin didalam hati Allah swt sahaja tempat pergantungan yang hak, tidak ada pergantungan  selain kepada  Allah swt. Allah swt yang berkuasa makhluk tidak ada kuasa.
  2. Menyedari diri sebagai tetamu Allah swt - tanamkan rasa syukur didalam hati kerana dijemput oleh Allah swt untuk beribadah di Tanah Haram dan perlulah jaga adab sebagai tetamu Allah swt.
  3. Menunjukkan akhlak yang mulia - menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan semasa di Tanah Haram seperti menghormati jemaah lain, membantu mereka yang memerlukan pertolongan dan beribadat sopan.
  4. Menyedari perjalanan haji/umrah adalah ibadat - lakukan dengan sebaiknya.
  5. Bersyukur dan redha dengan apa yang disediakan - segala kemudahan, makanan, tempat tinggal dan seumpamanya kena bersyukur dan redha.
  6. Menjauhi perbuatan dan percakapan keji - sifat - sifat mazmumah perlu dijauhi dan dielakkan bagi menjaga amal ibadah dan sentiasa bersangka baik.
  7. Elakkan sikap sombong dan takbur - letakkan dalam diri segala perbuatan baik yang dilakukan atas kasih sayang, pertolongan dan kehendak Allah swt.
  8. Elakkan pertengkaran dan menyakiti Dhuyuffurahman yang lain.
  9. Elakkan suka mengadu domba membawa cerita yang tidak berasas (khabar angin) 
  10. Perbanyakkan ibadah seperti tawaf,  membaca al-Quran, berdoa, bertaubat, beristighfar.
  11. Terapkan dalam diri semangat tolong menolong dan berkerjasama.
Semoga informasi diatas bermanfaat bagi kita semua, dan sebarkan untuk kebaikan bersama terutamanya mereka yang akan ke Tanah Haram bagi menunaikan iabdah Haji atau Umrah.

Sumber : Tabung Haji dan penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments