MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pencapaian Malaysia Dalam PISA 2018



Menurut laporan yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,  Yang Berbahagia Datuk Dr. Amin Senin sempena pengumuman pencapaian Malaysia di Programme for International Student Assessment (PISA) 2018 yang turut diadakan serentak di seluruh dunia.


Purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Bacaan dengan 415 mata skor, Literasi Matematik (440 mata skor) dan Literasi Saintifik (438 mata skor) telah menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian sebelum ini semasa diawal penyertaan Malaysia dalam PISA 2009 dan 2012. Jurang pencapaian Malaysia dengan purata OECD juga semakin mengecil dalam tempoh 10 tahun bagi ketiga-tiga literasi dengan pengecilan jurang paling ketara dalam Literasi Matematik.


Pencapaian Malaysia yang terkini ini juga menunnjukkan Malaysia bukan lagi berada di satu pertiga ke bawah dalam kedudukan negara. Malaysia kini berada  pada satu pertiga pertengahan.

Kajian PISA ditadbir setiap tiga (3) tahun bagi mengukur sejauh mana murid berusia 15 tahun dan hampir meninggalkan alam persekolahan telah memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang secukupnya sebagai persediaan untuk mereka menyertai masyarakat moden. 

Sebanyak 79 negara dan ekonomi OECD dan bukan OECD menyertai PISA 2018 ini. Pentaksiran PISA di Malaysia berasaskan komputer dengan purata hampir 7000 murid,  4800 guru dan 200 pentadbir dari 200 sekolah mengambil bahagian dalam kajian PISA pada setiap pusingan.

Syabas dan tahniah buat semua murid,  guru dan sekolah yang terlibat dalam menjayakan PISA 2018 ini dan membuktikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global dan seteruanya mengecap kejayaan.

Sumber:  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 

Post a Comment

0 Comments