MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Inisiatif dan Dasar MESTECC


Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) Yang Berhormat (YB) Yeo Bee Yin telah menyampaikan syarahan umum LESTARI bertajuk Power Shift Towards Sustainability: Renewable Energy for Climate and Ecosystem Change, bertempat di Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah UKM Bangi, pada 02 Disember 2019. Dalam sesi syarahan beliau berkongsi mengenai inisiatif dan dasar yang dilaksanakan oleh MESTECC diantaranya:-


1. Malaysia menyasarkan mengurangkan 45% intensiti pelepasan gas rumah hijau menjelang tahun 2030 selaras dengan komitmen Malaysia yang disuarakan ketika perjanjian Paris pada Persidangan Iklim Paris 2015 (COP21).

2. Penjenamaan semula Malaysia Green Technology Corporation (Green Tech Malaysia) kepada Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGCC). Penjenamaan semula ini menyaksikan portfolio MGCC diperluas yang akan merangkumi strategi ketahanan iklim, mengetengahkan kerjasama antara kementerian, menggalakkan inovasi teknologi hijau merentasi industri dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai.


3. Meningkatkan kapasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam campuran elektrik kepada 20% menjelang tahun 2025 (tidak termasuk hidro besar melebihi 100MW) melalui:

  • Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) - menggalakkan pemasangan panel solar.
  • Solar Berskala Besar (LSS) - keutamaan diberikan kepada tanah tidak boleh diguna (unusable land) seperti bumbung, tasik, empangan, dan lain-lain. 
  • Mekanisma Feed-in-Tariff (FIT) - menggalakkan pertumbuhan industri tenaga boleh baharu (biogas, biomass, geothermal, small hydro) (untuk mengetahui lebih sila layari : https://youtu.be/VxAQ_kj8RfE).
Insentif kerajaan bagi menyokong hasrat ini,  kerajaan telah memperkenalkan insentif seperti Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemtion (GITE) yang ditadbir oleh MIDA dan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 2.0 untuk menggalakkan pertumbuhan pasaran tenaga boleh diperbaharui.


Insentif - insentif ini sah hingga akhir tahun 2020. (https://www.seda.gov.my/reportal/re-incentive/).

Inisiatif hijau ini dijangka akan menjana RM33.25 billion pelaburan swasta dan lebih daripada 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025.

Sumber : mestecc


Post a Comment

0 Comments