MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Makna Musafir, Bermukim, Bermastautin dan Tempoh Qasar dan Jamak


Lazimnya apabila seseorang yang ingin berjalan jauh bagi tujuan yang dibenarkan Islam memberikan kelonggaran rukhsah solat dalam menunaikan solar 5 waktu.
Namunbegitu ada beberapa perkara perlu diketahui oleh seseorang yang ingin  Musafir, atau Bermukim atau Bermastautin. Dan dalam tempoh musafir, yang dibenarkan kan solat jama' & qasar.
Musafir bererti seorang yang melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah atau 81 KM. 
Bermukim bererti seorang yang menetap di suatu tempat lebih daripada tiga hari tidak termasuk hari datang dan hari keluar. 
Manakala bermastautin pula bermaksud tempat tinggal hakikinya.
Tempoh dibolehkan qasar dan jamak untuk musafir ialah tiga hari tiga malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang. 
Jika seseorang itu berniat untuk tinggal di suatu tempat selama empat hari atau lebih, maka dia tidak boleh qasar dan jamak ketika sampai di tempat itu kerana dia sudah dikira bermukim. 
Adapun ketika masih dalam perjalanan, tiada had hari yang tetap, dan dibolehkan qasar dan jama’ sehigga sampai ke destinasi musafir.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah persekutuan dan  Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/187).

Post a Comment

0 Comments