MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KEEP)


i-KEEP, atau "Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna" adalah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) @mykpdnhep mewujudkan bahagian khas dalam premis rakan-rakan peruncitan Kementerian di mana barangan keperluan ditawarkan pada kadar antara 2 - 30% lebih murah berbanding kedai runcit biasa.


Selain menjual barangan keperluan yg mengekalkan pembungkusan & jenama sedia ada dengan harga lebih murah, i-KEEP juga mempunyai produk eksklusif seperti minyak masak jenama Lestari yang dijual pada harga RM15.99 untuk botol 5 kg.


Setakat ini, lebih 415 premis i-KEEP termasuk 1 kedai runcit bergerak "i-Keep on Wheels" telah diwujudkan di seluruh negara.

Alhamdulillah, sejak inisiatif i-KEEP dilancarkan pada November 2018, rakan-rakan peruncitan Kementerian telah melaporkan peningkatan pelanggan & jualan.

Ini menunjukkan inisiatif ini menguntungkan semua pihak, dari pengguna sehingga peniaga.

Kementerian akan terus berusaha memperbanyakkan premis i-Keep seluruh negara bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Beberapa perkembangan terkini yang berbeza daripada statistik dalam jawapan menteri KPDNHEP YB Saifuddin Nasution awal tahun ini:

1. i-Keep kini sudah mencapai 415 premis seluruh negara (berbanding 300 lebih pd April)

2. i-Keep kini mempunyai 10 rakan strategik peruncitan (berbanding 6 pd April)

3. i-Keep kini telah melancarkan produk eksklusif (minyak masak jenama Lestari) yg dijual bersebelahan produk berjenama. Produk eksklusif ini hanya dibekalkan kpd rakan strategik peruncitan i-Keep dan menjadi daya tarikan utk pemain industri menyertai inisiatif i-Keep.

4. Selain premis dalam kedai runcit, i-Keep juga kini mempunyai kedai runcit bergerak di Kedah.

Senarai lokasi i-KEEP boleh didapati di sini:


Pihak KPDNHEP mengalu-alukan segala maklumbalas mengenai inisiatif ini.

Sumber : Twitter Saifuddin Nasution 

Post a Comment

0 Comments