MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Himpunan Hadis


Beristighfar dan Bertaubat daripada Dosa

"Daripada Abu Hurairah r.a : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh (70) kali."

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Jadilah Seorang yang Pemurah 

Daripada 'Adi bin Atim r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda : "Takutlah kamu akan api neraka walaupun bersedekah dengan sebuah Tamar."

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Disebalik Tanggungjawab Ada Ganjaran  Pahala 

Daripada Abu Mas'ud daripada Nabi saw baginda bersabda : " Apabila seseorang memberikan nafkah untuk keluarganya dengan niat mengharapkan pahala maka baginya (pahala) sedekah."

(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Keutamaan Mendahlukan Sebelah Kanan dalam Setiap Perkara 

Daripada 'Aisyah r.a berkata : Nabi saw menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya."

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bertolak Ansur dalam Hal Jual Beli 

Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi saw membeli daripadanya seekor unta, "Lalu baginda saw membayar harganya melebihi daripada harga yang ditentukan."

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan Berdoa 

Daripada Anas r.a katanya bahawa Rasulullah saw telah bersabda,"Doa -doa diantara azan dan iqamat tidak akan ditolak oleh Allah swt."

(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dan al -Tirmizi

Sumber : Buku Hadis 

Post a Comment

0 Comments