MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Benefisiari diDedahkan Mulai Tahun 2020 Oleh SSM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Puan Latheefa Koya menghadiri Majlis Penutupan Forum 'Unmasking the Corrupt Through Beneficial Ownership Transparency' di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, hari ini. (12 Disember 2019).


Turut hadir pada forum ini ialah duta-duta dan wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan negara.

"Malaysia perlu menuju ke arah Ketelusan Pemunya Benefisiari dalam usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. 


Mendedahkan identiti sebenar pemunya benefisiari amat penting bagi mengesan pelaku rasuah dan nilai suapan yang memanfaatkan mereka secara berterusan untuk tempoh jangka masa panjang".Katanya.


Pada masa yang sama juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengenakan garis panduan baru mulai tahun depan, yang mewajibkan semua syarikat berdaftar dalam negara ini untuk menyatakan maklumat berkenaan pemilik benefisiarinya.
Pengarah bahagian pembangunan dan perkhidmatan perundangan SSM Norhaiza Jemon, berkata suruhanjaya itu berhasrat untuk melaksanakan garis panduan baru itu pada awal 2020.
Syarikat-syarikat mempunyai masa enam bulan dari tarikh ia mula dikuatkuasakan untuk memenuhi semua syarat, katanya ketika bercakap pada forum tersebut berkenaan pemilikan benefisiari.
“Jadi bermula dari tarikh ia dilaksanakan, syarikat mempunyai masa enam bulan untuk memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
“Selepas enam bulan, pendaftar akan menggunakan kuasa kami (SSM) untuk mendapatkan semua maklumat untuk dihantar kepada pendaftar," katanya.
Beliau menjadi salah seorang ahli panel dalam forum itu, yang membincangkan ancaman pemilikan benefisiari yang berselindung di belakang sesebuah syarikat, dan cara untuk menanganinya.
Sebelum ini juga SPRM bercadang dan mengkaji pelaksanaan penguatkuasaan dan undang-undang berkaitan benefisiari.

Benefisiari bermaksud orang yang berhak mewarisi harta,  wang, dan lain -lain si mati menurut wasiatnya (Kamus Dewan)

#RasuahDisisihNegaraBersih 

Sumber : Twitter SPRM dan Malaysiakini 



Post a Comment

0 Comments