MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tanda-Tanda Penyakit Jantung


Kematian kejadian mengejut kerap kali dikaitkan dengan masalah penyakit jantung, dimana jantung berhenti mengepam darah nutrien dan oksigen ke seluruh badan.

Secara rekod pada tahun 2017 sebanyak 13,503 kes kematian akibat penyakit jantung, pada tahun 2018 sebanyak 18, 675 kes dengan peningkatan sebanyak 35.3 peratus.

Mengikut statistik kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu (1) rakyat Malaysia. Penyakit jantung juga seringkali dikaitkan dengan amalan gaya hidup terutama bagi mereka yang menghisap rokok/golongan perokok serta individu yang hidup sedentari.


Sekiranya ada salah satu dari tanda di bawah sila ke hospital / klinik berhampiran until mendapatkan pemeriksaan awal.
  1. Kerap kencing malam
  2. Kebas
  3. Berdebar-debar
  4. Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
  5. Penglihatan kabur
  6. Haus/dahaga
  7. Sesak nafas
  8. Berpeluh dingin
  9. Pening kepala dan berasa loya 
  10. Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
  11. Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.
Adalah dicadangkan untuk menghubungi talian 999 (kecemasan) bagi mendapatkan bantuan segera, sementara sampai ke hospital. 

Sumber : KKM 

Post a Comment

0 Comments