MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pembayaran Bantuan Persekutuan JKM Dipermudahkan



Berita baik buat seramai 484,828 penerima Bantuan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila Timbalan Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi jaminan bahawa bantuan kewangan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing bermula 7 November 2019 (Khamis) ini.



Kementerian juga memohon maaf atas kelewatan pembayaran yang dibuat disebabkan masalah teknikal membabitkan prosedur menurunkan peruntukan kepada agensi hingga mengganggu pemindahan ke akaun penerima.



Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata "Peruntukan sudah lulus tetapi nak masuk (kredit) ke dalam akaun mengalami masalah teknikal, hingga menyebabkan kelewatan pembayaran dan beliau memberi jaminan kelewatan pembayaran Bantuan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi November 2019 tidak akan berulang dan menambahbaik prosedur tersebut.

Kenyataan di atas dikeluarkan oleh beliau semasa menghadiri Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Mengenai Industri Halal Anjuran Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Bank Pembangunan Islam, di Putrajaya hari ini.

Sila klik untuk Skim Bantuan Kebajikan JKM 


Sumber : Berita Harian, Bernama, Instagram drwanazizah, Youtube dan KPWKM



Post a Comment

2 Comments

  1. Hubungi 03-8000 8000 atau rujuk kepada pejabat JKM berdekatan.

    ReplyDelete