MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tabung Bantuan Metro Prihatin


Timbalan Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Tabung Bantuan Metro Prihatin oleh Harian Metro di Bangsar, Kuala Lumpur. Satu langkah ke hadapan dalam menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Media memainkan peranan yang sangat penting dalam memyampaikan maklumat mengenai bantuan disediakan sama ada oleh kerajaan atau swasta supaya lebih ramai golongan yang layak dan memerlukan mendapat manfaat.


Dr Wan Azizah yakin Bantuan Metro Prihatin yang dilancarkan ini mengambil kira pelbagai faktor penting dalam memastikan kesahihan pemohon mengikut kelayakan dan ketelusan pengurusan bagi penerima serta penyaluran dana yang diberikan.


Bagi menggalakkan sektor swasta menderma untuk meningkatkan tanggungjawab sosial berkuat kuasa  5 September 2019 apabila kerajaan meningkatkan nilai ambang pelaporan derma dari RM 5,000 kepada RM 10,000 mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan ia akan dinaikkan kepada RM 20,000  pada tahun 2020.

Sumber: IG drwanazizah 

Post a Comment

0 Comments