MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bahaya Menghisap Vape


Kegiatan menghisap vape atau rokok elektronik sejak akhir-akhir ini dalam kalangan pelajar sekolah dan orang awam amat membimbangkan kerana memberi kesan yang negatif kepada penghisapnya lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang sepatutnya mengamalkan cara hidup yang sihat, namun sebaliknya.

Berikut disenaraikan kesan-kesan bahaya menghisap vape kepada seseorang individu:-
  1. Sukar bernafas
  2. Merosakkan organ dalaman 
  3. Menyebabkan Iritasi mata, tekak dan saluran pernafasan terjejas 
  4. Punca kepada asma/ampus
  5. Punca kanser 
  6. Membunuh sel paru-paru,  see otak dan sel kulit 
  7. Menyebabkan sawan
  8. Gangguan kepada perut dan usus 
  9. Menghabiskan duit bagi pembelian perisa vape dan alat vape 
  10. Membahayakan kesihatan orang sekeliling kesan asap yang disebarkan 
  11. Risiko keselamatan kepada penghisapnya kerana menggunakan elektronik 
  12. Amalan gaya hidup yang tidak sihat 
  13. Menjejaskan kesihatan dan pelajaran bagi pelajar sekolah dan univeraiti/kolej
  14. Punca ketagihan 

Oleh itu,  setiap ibu bapa sentiasa memantau pergerakan dan membuat semakan secara mengejut terhadap anak-anak yang masih diperingkat persekolahan.

Masyarakat juga boleh mengambil peranan dalam menegur dan menasihati sesiapa sahaja yang menghisap vape sekiranya mampu berbuat demikian.

Langkah kerajaan menguatkuasakan undang-undang Larangan menghisap rokok /rokok elektronik di tempat awam wajar diberi pujian dan menyokong usaha ini.

Sumber : KKM dan penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments