MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Spesifikasi Pelekat e-Hailing






Tanda pengenalan pelekat khas kenderaan e-hailing hendaklah dipamerkan pada bahagian cermin hadapan dan cermin belakang kenderaan persendirian e-hailing ketika dipandu oleh seseorang pemegang permit semasa beroperasi membawa penumpang.

Perkataan ‘e-hailing’ hendaklah ditandakan dengan jelas menggunakan jenis huruf Myriad Pro-Bold Italic 97pt mengikut warna dan dimensi-dimensi di bawah, di atas suatu plastik pelekat cermin kenderaan bersaiz segi empat sama.
 


Format cetakan pelekat khas kenderaan e-hailing ini boleh dimuat turun dalam laman web jabatan https://www.jpj.gov.my dengan menggunakan format Adobe Illustrator CS6.

Pelaksanaan pemakaian pelekat khas kenderaan e-hailing adalah selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah 15B Kaedah-kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) 1959. Kesalahan dan denda boleh dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang gagal mematuhi perkara ini.

Rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Prosedur Tukar Guna kenderaan Persendirian Individu Kepada Kenderaan Persendirian E-Hailing- Lampiran A3 untuk Tatacara dan Spesifikasi pelekat khas kenderaan e-hailing.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Post a Comment

0 Comments