MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang


Penyampaian Anugerah Asnaf Cemerlang bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada asnaf fakir miskin dan muallaf negeri Selangor, berlangsung di Tingkat 3, Hotel Geno Shah Alam, Selangor hari ini 28 November 2019.

Ia adalah inisiatif Zakat Selangor bagi merai kejayaan pelajar asnaf yang meraih kecemerlangan dalam peperiksaan akademik dan asnaf yang berjaya meningkatkan taraf kehidupan.


Seramai 67 penerima dipilih menerima anugerah kali ini.

Mereka terdiri daripada pelajar asnaf yang melakarkan kecemerlangan pada tahun 2018 dalam UPSR, PSRA, PT3, SPM, STAM dan SPM.

 Kategori Anugerah:
  • Anugerah Asnaf Cemerlang
  • Anugerah Asnaf Cemerlang UPSR/PSRA
  • Anugerah Asnaf Cemerlang PT3
  • Anugerah Asnaf Cemerlang SPM
  • Anugerah Asnaf Cemerlang STAM
  • Anugerah Asnaf Cemerlang STPM
  • Anugerah Asnaf Cemerlang IPT Peringkat Diploma & Sarjana
  • Anugerah Mahasiswa Muallaf
  • Anugerah Kemahiran & Kerjaya
  • Anugerah Asnaf Muallaf Cemerlang
  • Anugerah Panel Dakwah Muallaf Terbaik
  • Anugerah Masjid Angkat Terbaik (Islah)
  • Anugerah Usahawan Berjaya
  • Anugerah Keluarga Saadah


Saudara Zaily Johari Abu Hassan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Anak Asnaf Cemerlang, kategori keluarga Saadah.


Beliau sangat terkejut apabila dihubungi oleh pihak Zakat Selangor dan diumumkan sebagai penerima anugerah dan berkongsi petua atau amalan dan menyatakan bahawa aktiviti di masjid adalah keutamaan beliau dan beliau juga adalah selaku Bilal di Masjid As Syakirin Gombak dan sering menjadi rujukan penduduk setempat.

Masjid adalah rumah pertama manakala rumahnya sendiri adalah rumah kedua baginya.

Tahniah diucapkan kepada saudara Zaily Johari Abu Hassan.

Hadiah disampaikan berupa wang tunai, sijil dan plak penghargaan

Kejayaan membangunkan asnaf yang cemerlang ini adalah berkat adanya anda yang mengeluarkan zakat di negri Selangor.

Terima kasih kerana menunaikan zakat ddi Zakat Selangor


Sumber: Zakat Selangor



Post a Comment

0 Comments