MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Selamatkan Khazanah Negara


Hari ini Malaysia dikejutkan dengan kematian Badak Sumbu Sumatera terakhir yang ditempatkan di Sabah, Malaysia.

Badak Sumbu Sumatera betina yang diberi nama Iman yang ditempatkan di Rizab Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu di sahkan mengalami ketumbuhan pada uterus sejak Mac 2014.


Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dalam memastikan Iman pulih dan dibiakkan benihnya melalui IVF namun akhirnya spesis ini tidak dapat diselamatkan.


Justeru masyarakat perlu bersama pihak kerajaan dalam menyokong dan membantu pihak kerajaan atau pihak berwajib dalam memastikan hidupan liar yang ada di Malaysia dapat kekal untuk generasi manusia akan datang, kerakusan manusia yang tidak bertanggugjawab mengekploitasi haiwan liar seperti Gajah,  Hariamu, Tenggiling, Tapir dan seumpamanya bagi kepentingan diri sendiri adalah Sana sekali tidak wajar dan perlu dibanteras.

Sekiranya mempunyai maklumat berkaitan penjualan produk berasaskan haiwan terancam dan aktiviti-aktiviti pemburuan haram. Salurkan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa berkaitan melalui media sosial atau datang terus ke pejabat untuk membuat aduan.

Selamatkan Khazanah Kita, untuk warisan generasi cucu masa hadapan.

Sumber: PDRM #pesanankhidmatmasyarakat

Post a Comment

0 Comments