MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rukun Negara Malaysia





Negara demokrasi tanpa penghayatan Rukun Negara asas kepada pembentukan negara Malaysia boleh menyebabkan kepada ketidakstabilan dan keamanan negara. Malaysia mempunyai masyarakat majmuk iaitu berbilang agama, bangsa, dan kaum tinggal di satu bumbung berpayungkan negara Malaysia. Keunikan agama, etnik dan kaum di Malaysia menjadi kekuatan negara sekiranya di manfaatkan sepenuhnya.

Berikut dikongsikan 5 Rukun Negara untuk panduan bersama:-

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

Kepercayaan Kepada Tuhan seharusnya menjadikan masyarakat Malaysia berpegang teguh kepada nilai-nilai murni berlandaskan ajaran agama yang dianuti masing-masing. Janglah terlalul radikal dan ekstrem sehingga menghina agama lain, apatah lagi menerusi komen di media sosial yang boleh dikongsi dan dibaca oleh semua orang. Hormat-menghormati dan tidak menghina kepercayaan dan agama yang laim.

2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara 

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelambangaan. Institusi raja adalah lambang dan payung kedaulatan negara dan mesti dihormati. Perbuatan memperlekeh dan menghina raja seperti sudah menjadi satu gejala di internet dan media sosial. Menghina raja adalah kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Keluhuran perlembagaan 

Keluhuran perlembagaan digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan antara kaum di Malaysia. Justeru, nilai positif ini jangan dipersoalkan kerana ianya tidak akan membawea sebarang kebaikan, melainkan hanya merosakkan keamanan negara. Ingat, komen secara berhemah dan membina, elakkan menghina dan memfitnah di media sosial.

4. Kedaulatan Undang-Undang

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang perlu diterima dan dipertahankan oleh setiap warganegara. Kebebasan yang diberikan kepada pengguna media sosial untuk bersuara janganlah dieksploitasikan untuk menyebar fitnah, hasutan dan penghinaan sehingga membawa ancaman keselamatan kepada masyarakat dan negara.

5. Kesopanan dan Kesusilaan 

Sekiranya setiap rakyat mempunyai nilai baik ini, sudah tentu semua orang beretika ketika melayari internet. Jangan gunakan internet untuk menyebarkan fitnah atau maklumat palsu, melayari laman lucah dan pelbagai perkara negatif lain. Amalkan dan semat dalam diri nilai ini agar anda dapat menjadi individu yang berdisplin serta berakhlak tinggi. Ini membantu mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan makmur.


Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Post a Comment

0 Comments