MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Persidangan Global Wakaf Ke- 7



Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi tetamu kehormat dan merasmikan Majlis Makan Malam sempena Persidangan Global Wakaf (GWC) ke-7  anjuran Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) bertempat di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Hanya sedikit aset wakaf di bangunkan untuk tujuan sosio-ekonomi inklusif seperti Pusat Perniagaan dan hub pengangkutan, yang boleh menjana pendapatan untuk menyokong perkembangan ekonomi ummah.


Meskipun memiliki sumber aset yang besar, institusi wakaf masih berdepan kekangan dalam kewangan untuk membangunkan aset itu. Ia diburukkan lagi dengan kekurangan rangka kerja undang-undang mengenai pentadbiran wakaf serta ketelusan.

Kolobrasi antara penguatkuasaan wakaf dan institusi yang berkaitan seperti badan kewangan Islam dan pemaju hartanah penting untuk memastikan aset itu memberi keuntungan kepada sosio-ekonomi ummah." katanya dalam satu catatan di laman Instagram rasminya drwanazizah malam ini (11 November 2019).


Pada makan malam tersebut juga Dr Wan Azizah menyampaikan Anugerah Ikon GWC kepada Mantan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Jcorp, Allahyarham Tan Sri Ali Hashim yang diserahkan kepada anak perempuannya,  Alia Muhammad Ali.

Sumber : Instagram drwanazizah 

Post a Comment

0 Comments