MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penangguhan Penguatkuasaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)



Menteri Pengangkutan Malaysia YB Tuan Anthony Loke Siew Fook berkata Tiada saman dikeluarkan dalam tempoh Enam (6) bulan pertama penguatkusaan kerusi Keselamatan kanak-Kanak (CRS) yang bermula tahun hadapan (1 Januari 2020).

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Oktober lalu mengumumkan kerajaan akan menguatkuasakan penggunaan CRS di dalam kenderaan berkuat kuasa 1 Jan 2020 dalam usaha mengurangkan kes kecederaan serius atau kematian kanak-kanak sekiranya berlaku kemalangan.

Kementerian Pengangkutan mengambil pendekatan mendidik dahulu sebelum langkah penguatkusaan diambil sepenuhnya.

YB Tuan Anthony Loke Siew Fook memahami mentaliti rakyat Malaysia...kalau kita cakap tak wajib, memang takkan ada ramai yang buat (laksana). Kajian Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati hanya 30 peratus sahaja pemilik kenderaan yang pasang kerusi keselamatan kanak-kanak.

Apa yang penting kita beri kesedaran dan nasihat...kalau belum pasang (CRS), jangan saman dahulu, beri amaran dan peringatan,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada 19 November 2019 baru-baru ini.

Pada masa sama Kementerian Pengangkutan juga telah mendapat kelulusan untuk mengenakan sifar peratus duti import CRS selain pengurangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada 10 peratus kepada lima peratus daripada Kementerian Kewangan (MOF).

Kementerian Pengangkutan Malaysia berharap dapat menetapkan kadar sifar SST, namun ia memerlukan kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).


YB Tuan Anthony Loke Siew Fook turut menyeru semua pihak terutama pengeluar kenderaan serta badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta untuk membantu usaha kerajaan dalam mewajibkan penggunaan CRS.

Terdapat juga pihak swasta yang telah memberikan subsidi pembelian CRS kepada golongan kurang berkemampuan.

Sumber : -- BERNAMA, Jabatan Penerangan Malaysia 

Post a Comment

0 Comments