MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Lawatan Rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad Ke Republik Korea


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan lawatan rasmi ke Republik Korea / Republic Of Korea (ROK)  pada 27 dan 28 November 2019, turut mengiringi beliau antaranya Menteri Luar Negeri YB Dato Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh Deo, Menteri Kesihatan Malaysia YB Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Menteri Air,  Tanah dan Sumber Asli YB Dr Xavier Jayakumar Arulanandam dan Menteri Perdaganggan Antarabangsa dan Industri YB Datuk Ignatius Darell Leiking serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia.


Lawatan rasmi ini merupakan lawatan pertama Tun Dr Mahathir Mohamad ke ROK selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke -7 Mei 2018.

Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dua hala bersama Presiden ROK TYT Moon Jae-in yang dilantik pada 28 November 2019.


Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis menandatangani empat (4) Memorandum Persefahaman antara kedua-dua negara dalam bidang:-
  1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 
  2. Kerajaan Digital
  3. Kesihatan dan Sains Perubatan 
  4. Pengurusan Air dan Pembentungan 
Tun Dr Mahathir Mohamad dan delegasi rombongan akan diraikan dalam satu Majlis Makan Tengahari Rasmi dan dihoskan oleh Presiden ROK TYT Moon Jae-in di Presidential Blue House.

Sumber : IG dzulkefly_ahmad

Post a Comment

0 Comments