MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Inisiatif NACCOL Bagi Menangani Kos Sara Hidup


Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Yang Berhormat (YB) Saifuddin Nasution Ismail menyertai temu ramah bersama Bank Dunia bagi memberi input kepada laporan "World Bank Malaysia Economic Monitor 2019" selaku Pengerusi Mesyuarat Eksekutif Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL).

Penubuhan NACCOL adalah inisiatif kerajaan untuk menyelaraskan semua usaha kementerian, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta bagi mengatasi isu berkaitan kos sara hidup di Malaysia.


Sejak ditubuhkan bulan Ogos 2019, banyak isu berkaitan kos sara hidup telah dibentangkan kepada NACCOL dan keputusan dibuat, antara inisiatif yang dimulakan adalah:-
  1. Memperluaskan inisiatif Food Bank Malaysia kepada universiti-universiti tempatan dalam bentuk Food Bank Siswa bagi membantu anak-anak siswa yang memerlukan.
  2. Pemanjangan tempoh serta penambahan barang kawalan kepada Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.
  3. Pengenlaan Kad My50 dan My100 bagi menjimatkan kos serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
  4. 20% diskaun kepada pengguna Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam bentuk inisiatif Extra20.
  5. Perluaskan inisiatif 'Q-fish'iaitu jualan ikan sejuk beku oleh Kementerian Pertanian kepada seluruh negara.
  6. Penyediaan peruntukkan RM 1 billion oleh Bank Negara Malaysia bagi memberi pinjaman faedah rendah kepada golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah.
YB Saifuddin Nasution Ismail juga telah mengulas dan berkongsi pandangan mengenai masalah jurang pendapatan rakyat serta pendekatan yang harus diambil oleh kerajaan. Peningkatan gaji mimimun serta inisiatif  #MalaysiaKerja dan #WatanKerja adalah permulaan yang tepat bagi menangani isu ini.


Dalam mengorak langkah ke hadapan, kerajaan akan bergerak secara agresif serta berkerjasama dengan institusi terkemuka seperti Bank Dunia bagi merangka dasar menangani Kos Sara Hidup dan menjaga kebajikan rakyat kata YB Saifuddin Nasution Ismail.

Sumber : IG saifnasution

Post a Comment

0 Comments